Monday, February 23, 2009

KEPUTUSAN RAGBI UITM SEGAMAT 10S TOTAL FIELD UiTM JOHOR 2009

KEPUTUSAN RAGBI UITM SEGAMAT 10S TOTAL FIELD UiTM JOHOR 2009

Segamat 21~ 22 Feb 2009

Pasukan UTHM BLACK OWL telah menghantar dua pasukan ke Kejohanan ragbi UiTM Total Field Johor 2009. UTHM A diundi masuk ke kumpulan D bersama UiTM Johor B , Politeknik Shah Alam dan Universiti Malaya KL manakala UTHM B diundi masuk ke kumpulan H bersama UiTM Arau , Politeknik Merlimau A dan Kolej Komuniti Segamat. UTHM A terdiri daripada pemain baru yang sedang digilap untuk membentuk pasukan black owl versi baru. UTHM B pula terdiri daripada pemain campuran yang terdiri daripada pemain yang akan menamatkan pelajaran di UTHM dan juga pemain baru.

Keputusan peringkat kumpulan

Kumpulan D
UTHM A vs UiTM Johor B (tewas 5 - 10)
UTHM A vs UM KL (tewas 0 - 12)
UTHM A vs Poli Shah Alam (tewas 0 -14)

Kumpulan H
UTHM B vs Kolej Komuniti Segamat ( Menang Bye 28 - 0)
UTHM B vs UiTM Arau ( Tewas 0 - 28 )
UTHM B vs Politeknik Merlimau A ( Menang 10 - 0 )

Berdasarkan keputusan peringkat kumpulan UTHM A mendapat ranking ke 25 yang akan bermain di dalam kategori spoon dan UTHM B mendapat ranking ke 12 yang bermain di dalam kategori plate.


Keputusan Suku Akhir Plate
UTHM B vs PoliSAS tewas 0 -10

Keputusan Suku Akhir Spoon
UTHM A vs Kolej Komuniti Segamat ( Menang Bye 28 - 0 )

Keputusan Separuh Akhir Spoon
UTHM A vs ILP Kuantan Menang ( 29 - 0 )

Keputusan Akhir Spoon
UTHM A vs UiTM Johor B ( Menang 10 - 5)

Pasukan Black Owl hanya mampu membawa pulang juara kategori spoon peringkat IPT oleh pasukan UTHM A . Pasukan UTHM A yang sedang digilap dan terdiri daripada muka - muka baru telah menunjukkan bakat dan mutu permainan yang meningkat. Diharap pasukan UTHM black owl mampu memberikan impak yang lebih positif pada masa depan.

No comments:

Post a Comment